Bacaan Gharib dalam Quran (iltiqa' sakinain)
Ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi tempat berlakunya iltiqa' sakinain (pertemuan dua huruf mati) maka akan zahirnya nun 'iwadh (iaitu nun berbaris dibawah). Cara bacaannya hendaklah tanwin pada kalimah pertama dijadikan satu baris sahaja, dan diletakkan nun berbaris dibawah selepasnya. Bacaan ini adalah termasuk dalam bacaan gharib (pelik) dalam Al-Quran dan ianya wajib dipelajari agar bacaan Quran kita betul.
sila download fail tersebut disini.(dalam format pdf) NUN 'IWADH
Diharap anda dapat bertanya pada ustaz atau guru Quran cara bacaan yang sebenar untuk mengelakkan kesilapan membacanya.
Ayat-ayat ini saya kumpulkan dan rasanya tiada yang ketinggalan. Sekiranya pembaca dapati ada ayat yang belum saya masukkan sila nyatakan dalam ruangan komen. Terima kasih.
salam...umi pun kena rujuk lagi takut tersalah pandang...